Laptop Murah - Sanggup?

Banyak lambakan laptop yang membanjiri pasaran Malaysia pada hari ini, baik di Low Yatt mahupun di plaza Imbi. Brand-brand seperti Acer, Sony Vaio, Dell dan sebagainya menjadi satu kemestian. Mahupun begitu, permintaan tetap tinggi dan menjadikan bisnes penjualan laptop sangat menguntungkan, lantas menarik perhatian ramai para jurutera dan pensyarah universiti untuk menjual laptop secara MLM.

Tetapi baru-baru ini, unit risikan Sangat Murah 2.0 telah menjumpai satu fenomena luar biasa di sebuah perkampungan yang tidak dapat dipastikan namanya, dimana laptop digunakan sebagai alat permainan yang jelik. Murah sangat kah laptop di perkampungan mereka? Mari kita lihat.



Dengar khabar, laptop-laptop ini sedang dalam proses penjualan dan ada yang sanggup membayar sehingga USD4000.00 untuk setiap satu. Ini lah dikatakan, tuah laptop tiada siapa yang tahu! Anda sanggup beli laptop ini?

0 comments: