Hotel Murah - RM3.00 untuk 4 Malam

Pihak risikan Sangat Murah 2.0 sekali lagi berjaya membongkar satu rahsia yang bakal menggalakkan aktiviti pelancongan di sebuah negara di Afrika. Pembongkaran ini bakal menjadikan negara Afrika tersebut, syurga pelancongan, ini kerana, 'deal' yang ditawarkan merupakan yang termurah bukan sahaja di peringkat Afrika, malahan terjerumus ke peringkat antarabangsa. Ini dibuktikan oleh pihak risikan kami yang diketuai oleh George Kailan dan Stephen Hammis yang berjaya mendapatkan 'deal' berjumlah RM3.00 (bersamaan dengan 1 dollar) untuk 4 malam!

Saksikan laporan dari mereka:




Berkata kepada pihak Sungguh Murah 2.0 pada akhir rancangan, Dembele Kuruse (pemilik hotel) berkata, kami berharap ramai pelancong akan singgah ke hotel kami memandangkan ini merupakan satu tawaran yang hebat dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Tambahan pula, hotel kami bakal ditambah 20 bilik lagi pada masa akan datang untuk menampung permintaan yang begitu tinggi daripada para pelancong luar. Walaubagaimanapun, keselesaan anda adalah keutamaan kami.

Laptop Murah - Sanggup?

Banyak lambakan laptop yang membanjiri pasaran Malaysia pada hari ini, baik di Low Yatt mahupun di plaza Imbi. Brand-brand seperti Acer, Sony Vaio, Dell dan sebagainya menjadi satu kemestian. Mahupun begitu, permintaan tetap tinggi dan menjadikan bisnes penjualan laptop sangat menguntungkan, lantas menarik perhatian ramai para jurutera dan pensyarah universiti untuk menjual laptop secara MLM.

Tetapi baru-baru ini, unit risikan Sangat Murah 2.0 telah menjumpai satu fenomena luar biasa di sebuah perkampungan yang tidak dapat dipastikan namanya, dimana laptop digunakan sebagai alat permainan yang jelik. Murah sangat kah laptop di perkampungan mereka? Mari kita lihat.



Dengar khabar, laptop-laptop ini sedang dalam proses penjualan dan ada yang sanggup membayar sehingga USD4000.00 untuk setiap satu. Ini lah dikatakan, tuah laptop tiada siapa yang tahu! Anda sanggup beli laptop ini?

Latihan Untuk Olympic - Jimat Kos

Mungkin cara yang dilakukan oleh encik Remi Gaillard dari Perancis ini boleh diketengahkan dan dikaji oleh pakar-pakar sukan negara untuk menjimatkan kos dan menampung kos bahan api serta tepung (sukan angkat berat) yang semakin meningkat.





Hasil daripada penjimatan ini, kita boleh salurkan kepada pembangunan negara (bak kata pak-pak menteri). Ada sesiapa nak jadi atlet lepas tengok video ni?

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Ryanair

Nampaknya AirAsia dah ada pesaing syarikat penerbangan tambang murah. Baguslah ada pesaing, takde lah jadi monopoli, sebaliknya jadi persaingan sihat. Enjoy video kat bawah ni:



Ada sapa-sapa pernah naik RyanAir? atau nak naik RyanAir? :)